Roti Canai
Roti canai kami adalah pilihan terbaik untuk anda yang ingin menikmati kelazatan roti canai asli dengan mudah dan cepat. Dibuat daripada bahan berkualiti tinggi, setiap kepingan roti canai ini diuli dengan teliti untuk memastikan kelembutan dan rasa yang enak.
Roti canai kami sedia dinikmati pada bila-bila masa. Sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan, makan petang atau santai bersama keluarga.

POPIA
Popia kami dibuat dengan ramuan berkualiti tinggi. Setiap popia diisi dengan inti yang padat dan penuh rasa, kemudian dibalut dengan kulit popia yang nipis dan rangup apabila digoreng.
Sesuai untuk sarapan, minum petang, snek malam atau hidangan untuk tetamu.

MURTABAK & MURTABAK MINI
Nikmati keenakan murtabak kami yang kaya dengan rasa rempah ratus tradisional. Setiap keping diisi dengan inti yang dimasak sempurna bersama campuran rempah yang harum.
Inti yang enak dibungkus dalam lapisan doh yang lembut dan mudah digoreng hingga keemasan. Murtabak kami juga mudah disediakan iaitu hanya nyahbeku dan panaskan di atas kuali.
Sesuai untuk sajian sarapan, minum petang atau hidangan segera untuk tetamu anda. Terdapat dalam pilihan inti ayam atau daging.


CAKOI
Nikmati kelazatan cakoi yang rangup di luar dan lembut di dalam, kini dalam versi sejuk beku yang praktikal.
Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, setiap cakoi dibentuk dengan teliti untuk memastikan rasa “authentic” yang memuaskan.
Cakoi kami seratus peratus buatan Bumiputera dan tanpa bahan pengawet.

KEROPOK LEKOR
Nikmati keenakan asli Keropok Lekor Pahlawan Merah, resepi ori dari Terengganu yang dibuat daripada ikan segar pilihan dan tepung sagu berkualiti.
Dibekukan segar untuk mengekalkan rasa serta teksturnya yang kenyal, keropok lekor ini mudah disimpan, senang disediakan (hanya perlu digoreng) dan sesuai dijadikan kudapan, minum petang atau hidangan keluarga pada bila-bila masa.
